Sejarah operasi T-38_Talon

Arahan Strategik Udara, Tentera Udara Amerika Syarikat telah mengoperasikan pesawat T-38 Talon dari tahun 1981 hingga 1991. Pesawat-pesawat ini telah digunakan untuk meningkatkan pembangunan kerjaya pembantu juruterbang pesawat pengebom melalui "Program Mempercepatkan Pengayaan Pembantu Juruterbang".

Selain Tentera Udara A.S, pengguna-pengguna lain pesawat T-38 adalah Tentera Udara Jerman, Tentera Udara Portugal, Tentera Udara Republik China, Tentera Udara Turki dan Tentera Laut Amerika Syarikat. Pesawat ini juga diterbangkan oleh NASA dan Boeing, yang telah menggunakan pesawat ini sebagai pesawat pengejar. Terdapat sebilangan kecil pesawat yang dimiliki oleh orang perseorangan.

NASA menggunakan pesawat ini untuk melatih angkasawannya; angkatan pesawat ini disimpan di Ellington Field, Houston, Texas. Pesawat T-38 Talon milik NASA telah mengalami kemalangan maut pada sekitar tahun 1960-an, yang menyebabkan kematian angkawan Theodore Freeman, Elliott See, dan Charles Bassett. Kemalangan-kemalangan ini disebabkan oleh cuaca buruk dan bukannya disebabkan oleh masalah pesawat.

Ekoran daripada malapetaka Bolak Balik Angkasa Lepas Challenger pada 28 Januari 1986, mendiang-Presiden Ronald Reagan dan isteri beliau Nancy melawat Pusat Angkasa Lepas Lyndon B. Johnson di Houston, Texas pada 31 Januari 1986, untuk memberi ucapan dimajlis untuk meraikan para angkasawan. Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 6,000 orang pekerja NASA dan 4,000 orang tetamu, termasuk keluarga angkasawan. Semasa majlis yang dirancang rapi ini, kumpulan nyanyian tentera udara telah mengetuai nyanyian "God Bless America" sebaik sahaja pesawat NASA T-38 Talon terbang melintasi medan, dalam bentuk formasi tradisi orang hilang. Semua aktiviti ini disiarkan secara langsung oleh rangkaian TV kebangsaan.

Sebagai tindak balas terhadap sekatan minyak OPEC pada tahun 1973, Pasukan Pertunjukkan Aerobatik Thunderbirds dari Tentera Udara A.S telah menggunakan pesawat T-38 Talon, yang mana menggunakan minyak jauh lebih rendah daripada pesawat F-4 Phantom, pada tahun 1974. Pasukan pertunjukkan udara Tentera Laut A.S iaitu Blue Angels menggunakan pesawat yang diperkecilkan iaitu pesawat A-4 Skyhawk juga pada masa yang lebih kurang sama. Selepas kemalangan "Diamond Crash" yang terkenal yang mana telah membunuh 4 daripada 6 juruterbang pertunjukkan Thunderbirds, pesawat T-38 Talon telah digantikan dengan pesawat barisan hadapan iaitu F-16A Fighting Falcon pada tahun 1983.

2 kemalangan maut, pertamanya pada 23 April 2008 di Pangkalan Tentera Udara Columbus di Mississippi dan yang kedua pada 1 Mei 2008 di Pangkalan Tentera Udara Sheppard di Wichita Falls, Texas, mengakibatkan 4 kematian, dan menyebabkan Tentera Udara Amerika Syarikat mengantung penggunaan pesawat ini.[1]